94) Sūrat Ash-Sharĥ

Printed format

94) سُورَة الشَّرح

'Alam Nashraĥ Laka Şadraka 094001 Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Wa Wađa`nā `Anka Wizraka 094002 Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
Al-Ladhī 'Anqađa Žahraka 094003 Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ
Wa Rafa`nā Laka Dhikraka 094004 Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Fa'inna Ma`a Al-`Usri Yusrāan 094005 Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرا ً
'Inna Ma`a Al-`Usri Yusrāan 094006 (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرا ً
Fa'idhā Faraghta Fānşab 094007 Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
Wa 'Ilá Rabbika Fārghab 094008 Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini) وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
Next Sūrah