Wa Al-Fajri  | 089001 Demi waktu fajar; | وَالْفَجْرِ |
Wa Layālin `Ashrin  | 089002 Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); | وَلَيَالٍ عَشْر ٍ |
Wa Ash-Shaf`i Wa Al-Watri  | 089003 Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; | وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ |
Wa Al-Layli 'Idhā Yasri  | 089004 Dan malam, apabila ia berlalu; - | وَاللَّيْلِ إِذَا يَسْرِ |
Hal Fī Dhālika Qasamun Lidhī Ĥijrin  | 089005 Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna? | هَلْ فِي ذَلِكَ قَسَم ٌ لِذِي حِجْر ٍ |
'Alam Tara Kayfa Fa`ala Rabbuka Bi`ādin  | 089006 (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka) | أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَاد ٍ |
'Irama Dhāti Al-`Imādi  | 089007 Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) | إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ |
Allatī Lam Yukhlaq Mithluhā Fī Al-Bilādi  | 089008 Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)? | الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلاَدِ |
Wa Thamūda Al-Ladhīna Jābū Aş-Şakhra Bil-Wādi  | 089009 Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)? | وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ |
Wa Fir`awna Dhī Al-'Awtādi  | 089010 Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? | وَفِرْعَوْنَ ذِي الأَوْتَادِ |
Al-Ladhīna Ţaghaw Fī Al-Bilādi  | 089011 (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). | الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلاَدِ |
Fa'aktharū Fīhā Al-Fasāda  | 089012 Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. | فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ |
Faşabba `Alayhim Rabbuka Sawţa `Adhābin  | 089013 Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; | فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَاب ٍ |
'Inna Rabbaka Labiālmirşādi  | 089014 Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat) | إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ |
Fa'ammā Al-'Insānu 'Idhā Mā Abtalāhu Rabbuhu Fa'akramahu Wa Na``amahu Fayaqūlu Rabbī 'Akramani  | 089015 (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!" | فَأَمَّا الإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلاَه ُُ رَبُّه ُُ فَأَكْرَمَه ُُ وَنَعَّمَه ُُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ |
Wa 'Ammā 'Idhā Mā Abtalāhu Faqadara `Alayhi Rizqahu Fayaqūlu Rabbī 'Ahānani  | 089016 Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!" | وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلاَه ُُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَه ُُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ |
Kallā Bal Lā Tukrimūna Al-Yatīma  | 089017 Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya); | كَلاَّ بَل لاَ تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ |
Wa Lā Taĥāđđūna `Alá Ţa`āmi Al-Miskīni  | 089018 Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin; | وَلاَ تَحَاضُّونَ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ |
Wa Ta'kulūna At-Turātha 'Aklāan Lammāan  | 089019 Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya), | وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلا ً لَمّا ً |
Wa Tuĥibbūna Al-Māla Ĥubbāan Jammāan  | 089020 Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba! | وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبّا ً جَمّا ً |
Kallā 'Idhā Dukkati Al-'Arđu Dakkāan Dakkāan  | 089021 Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya, | كَلاَّ إِذَا دُكَّتِ الأَرْضُ دَكّا ً دَكّا ً |
Wa Jā'a Rabbuka Wa Al-Malaku Şaffāan Şaffāan  | 089022 Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah), | وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفّا ً صَفّا ً |
Wa Jī'a Yawma'idhin Bijahannama Yawma'idhin Yatadhakkaru Al-'Insānu Wa 'Anná Lahu Adh-Dhikrá  | 089023 Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya? | وَجِيءَ يَوْمَئِذ ٍ بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذ ٍ يَتَذَكَّرُ الإِنْسَانُ وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى |
Yaqūlu Yā Laytanī Qaddamtu Liĥayātī  | 089024 Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!" | يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي |
Fayawma'idhin Lā Yu`adhdhibu `Adhābahu 'Aĥadun  | 089025 Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah. | فَيَوْمَئِذ ٍ لاَ يُعَذِّبُ عَذَابَهُ~ُ أَحَد ٌ |
Wa Lā Yūthiqu Wathāqahu 'Aĥadun  | 089026 Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya. | وَلاَ يُوثِقُ وَثَاقَهُ~ُ أَحَد ٌ |
Yā 'Ayyatuhā An-Nafsu Al-Muţma'innahu  | 089027 (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - | يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ |
Arji`ī 'Ilá Rabbiki Rāđiyatan Marđīyahan  | 089028 "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - | ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَة ً مَرْضِيَّة ً |
Fādkhulī Fī `Ibādī  | 089029 "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - | فَادْخُلِي فِي عِبَادِي |
Wa Adkhulī Jannatī  | 089030 "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " | وَادْخُلِي جَنَّتِي |