Wa 'In Yaraw 'Āyatan Yu`riđū Wa Yaqūlū Siĥrun Mustamirrun
054002 Dan kalau mereka (kaum musyrik Makkah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: "(Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku".
Wa Kadhdhabū Wa Attaba`ū 'Ahwā'ahum ۚ Wa Kullu 'Amrin Mustaqirrun
054003 Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).
Wa Laqad Jā'ahum Mina Al-'Anbā'i Mā Fīhi Muzdajarun
054004 Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu).
054005 (Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar).
054006 Oleh itu, berpalinglah dari mereka (wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan). (Ingatlah) masa (malaikat) penyeru menyeru (mereka pada hari kiamat) kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah);
Khushsha`āan 'Abşāruhum Yakhrujūna Mina Al-'Ajdāthi Ka'annahum Jarādun Muntashirun
054007 (Pada saat itu) masing-masing - dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran.
054008 Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata: "Hari ini ialah hari yang amat sukar!"
Kadhdhabat QablahumQawmu Nūĥin Fakadhdhabū `Abdanā Wa Qālū Majnūnun Wa Azdujira
054009 Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya dengan berkata: "Ia seorang gila"; dan ia telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah ugama).
054010 Lalu ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!"
Wa Fajjarnā Al-'Arđa `Uyūnāan Fāltaqá Al-Mā'u `Alá 'AmrinQadQudira
054012 Dan Kami jadikan bumi memancarkan matair-matair (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.
054014 Yang belayar laju dengan pemuliharaan dan pengawasan Kami; (Kami melakukan yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi orang-orang yang kufur ingkar!
054015 Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf?
054016 Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu.
فَكَيْفَ كَانَ عَذَابِي وَنُذُرِ
Wa Laqad Yassarnā Al-Qur'āna Lildhdhikri Fahal Min Muddakirin
054017 Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
054018 (Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasulnya (lalu mereka dibinasakan); maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabku dan kesan amaran-amaranKu!
054019 Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; -Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; -
054021 Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
فَكَيْفَ كَانَ عَذَابِي وَنُذُرِ
Wa Laqad Yassarnā Al-Qur'āna Lildhdhikri Fahal Min Muddakirin
054022 Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
054024 Lalu mereka berkata: "Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi yang berseorangan? Jika demikian, sesungguhnya kita berada dalam keadaan sesat dan gila!
'A'uulqiya Adh-Dhikru `Alayhi Min Bayninā Bal Huwa Kadhdhābun 'Ashirun
054025 "Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita. Bahkan dia lah seorang pendusta, lagi sombong angkuh".
'Innā Mursilū An-Nāqati Fitnatan Lahum Fārtaqibhum Wa Aşţabir
054027 Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): "Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka).
Wa Nabbi'hum 'Anna Al-Mā'a Qismatun Baynahum ۖ Kullu Shirbin Muĥtađarun
054028 "Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya)".
054029 (Mereka selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya), lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya.
054031 Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.
Wa Laqad Yassarnā Al-Qur'āna Lildhdhikri Fahal Min Muddakirin
054032 Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
054034 Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam,
Wa Laqad 'Andharahum Baţshatanā Fatamāraw Bin-Nudhuri
054036 Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.
Wa LaqadRāwadūhu `AnĐayfihi Faţamasnā 'A`yunahum Fadhūqū `Adhābī Wa Nudhuri
054037 Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): "Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!"
054039 Lalu (dikatakan kepada mereka): "Rasalah azabKu, dan kesan amaran-amaranKu!"
فَذُوقُوا عَذَابِي وَنُذُرِ
Wa Laqad Yassarnā Al-Qur'āna Lildhdhikri Fahal Min Muddakirin
054040 Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
054042 Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa.
'AkuffārukumKhayrun Min 'Ūla'ikum 'Am Lakum Barā'atun Fī Az-Zuburi
054043 Adakah orang-orang kafir kamu (wahai kaum musyrik Makkah), lebih baik (kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum kafir yang tersebut itu? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam Kitab-kitab Suci tentang kebebasan kamu (dari azab)?
054044 (Mereka tidak mempunyai sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata (dengan angkuhnya): "Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri!"
Bali As-Sā`atu Maw`iduhum Wa As-Sā`atu 'Ad/há Wa 'Amarru
054046 (Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya). Dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.
Wa Laqad 'Ahlaknā 'Ashyā`akum Fahal Min Muddakirin
054051 Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?